Aziz Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aziz Jaafar

AMN
Kelahiran
Abdul Aziz bin Jaafar

(1935-11-10)10 November 1935
Meninggal duniaJun 23, 2005(2005-06-23) (umur 69)
Hospital Assunta Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Sebab kematianDemam
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penyanyi
Tahun aktif1957–1998
PasanganNormadiah (k. 1961; m. 2000)
Anak-anakAzlina Aziz
Liza Aziz

Aziz Jaafar AMN (10 November 1935 – 23 Jun 2005) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan penyanyi Melayu era 50-an / 90-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Aziz Jaafar meninggal dunia di rumahnya kerana demam.[1]

Beliau yang berusia 69 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di SS14 kira-kira pukul 6 pagi. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan Allahyarham isterinya, Normadiah di Bukit Kiara, Damansara selepas solat Asar.[1]

Menurut anak bongsunya, Liza, dia hanya menyedari ayahnya meninggal dunia sebaik sahaja memasuki kamar tidur pelakon tersebut pada pukul 10 pagi. Liza memberitahu, dia melihat ayahnya tersandar di tepi katil.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1957 Hantu Jerangkung Musa Filem pertama
1958 Gergasi Guntur
Doktor Idris
Hantu Kubor Musa
Matahari Aman
1959 Batu Belah Batu Bertangkup Pekan
Dandan Setia Dewa Safri
Puteri Gunong Banang Suara Nyanyian
Raja Laksamana Bentan Raja Bongsu
Samseng
1960 Lela Manja Manja
Pertarongan Sari
Sumpah Wanita Tengku Kelana Indera
Putera Sangkar Maut
1961 Indera Bangsawan Suara Nyanyian
Panji Semerang Raden Inu Kertapati / Pangeran Panji Jaeng Kesuma
Singapura Dilanggar Todak Agam
1962 Batu Durhaka Mala
Lubalang Daik Lubalang / Daik
Neracha Osman
Norlela Raja Muda Amran
Siti Muslihat Suara Nyanyian
1963 Kasih Tanpa Sayang Murad
1964 Jeritan Batin Jaafar / Jeffry
Melanchong Ka Tokyo Darus
Dupa Cendana Chemara Filem pertama berwatak antagonis
Mambang Moden Anuar
1965 Nora Zain - Agen Wanita 001 Tiger
Sayang Si Buta Jamil
1966 Anak Buluh Betong Raja Bangkahulu / Tengku Bujang Jauh
Dahaga
Sri Andalas Mumbang
1967 A-Go-Go '67 Johari
Jebak Maut Amran
1968 Ibulah Syurga Buyong
Raja Bersiong Pendekar Kampar
1970 Puaka Amran
1971 Semusim Di Neraka
1973 Satu Titik Di Garisan Kamal
1975 Setitik Embun Hisham
1976 Sayang Anakku Sayang Encik Samad
Malaysia Five Filem gabungan Malaysia - Filipina
Hapuslah Air Matamu Bapa Aini
1977 Pendekar
1979 Sumber Ilhamku Juga sebagai pengarah dan cerita
1981 Sumpah Semerah Padi Andika
1982 Kabus Tengahari Baharudin
Penentuan Sebagai pengarah dan penulis
Anak Sulung Tujuh Keturunan Sebagai pengarah
1987 Wira Angkasa
1994 Jeritan Batinku Sharif
Black Widow - Wajah Ayu Datuk Megat
1997 Layar Lara Uncle Aziz
1998 Raja Melewar Penghulu Naam Filem terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi
  • "Seniman Aziz Jaafar meninggal dunia kerana demam". Utusan Malaysia. 24 Jun 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 2011-01-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]